ayat gerak

Sayang awak yang tengah baca blog saya nihh ,muahhh :)

Saturday 15 June 2013

Cinta Yang Pasti !!



Ya Allah ,adakah baru aku nampak apa itu 'CINTA' ..Aku rasa betapa bahagia teramat sangat-2 bersama dengan seorang HAMBA ALLAH ini ..Adakah ini yang ALLAH kirimkan dia untuk hiburkan aku ..YA ALLAH terima kasih teramat sangat-2 ..Aku hanya bersyukur teramat sangat-2 ..
Hanya kepadaMu sahaja AKU bermohon agar hubungan yang dibina selama ini tidak akan menjadi sia-2 dan akan direstui oleh keluarga kami bersama :')
Hubungan yang dijalilkan selama ini keranaMu YA ALLAH ..
HanyaMu sahaja yang tetapkan apa yang tertulis di LUH MAHFUZ :')
Mungkin setiap hubungan ini ada yang akan terlepas membuat kesilapan masing-2 kan ..
Tapi kami akan berusaha akan memohon keampunan kepadaMu ..
Mungkin dulu ,Aku selalu bersedih kerana kesilapan ku ..
Kehidupanku sia-2 selama 3 tahun itu dan masa itu gelap sangat-2 untuk semua itu ..
Tapi kini aku sedar yang mana 'BAIK dan 'JAHAT'
Dan kini aku berjumpa seorang insan yang ALLAH kirimkan untuk jaga aku suatu hari nanti ..
Harap dia lha insan itu yang layak bersama aku suatu ikatan yang 'HALAL' ...
INSYA-ALLAH
Sekarang ! Aku akan tetap bermohon kepadaMU agar hubungan ini akan sentiasa direstuiMU dan KELUARGA KAMI :'(
DAN TERIMA KASIH ""AWAK""


AWAK !! HARAP HUBUNGAN KITA KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT KITA >>

| MUHAMMAD AZIM BIN ABDUL SAFAR |

TERIMA KASIH ALLAH !

Saturday 18 May 2013

Serba Serbi :D


Hidup tanpa rindu umpama tiada apa-2 dah ,sunyi segalanya >_<
Aku amat merindui cintaku disana (Azim) agak berjauhan lha antara aku dengan dia :(
Dia 'PERLIS' Aku pula 'KEDAH' memang lha utara tapi agak jauh sangat antara kami ..huhu..
Tak sanggupnya rindu bertaut lama, sayangku kepada dia pun begitu kuat sangat-2 ..
Tak boleh berpisah ..Kalau boleh aku nak sentiasa bersama dia , dia selalu buat aku 'HAPPY'..
Ya ALLAH ...Happy itu aku tak dapat nak berjangka apa-2 ..Memang 'KELUARGA' penting dalam hidupku ..
Itu memang yang utama dalam hidup aku, tanpa KELUARGA mungkin aku tak ada dekat dunia yang indah ini dan tak kenal seorang hamba ALLAH iaitu 'MUHAMMAD AZIM'..
Hal yang paling tak terkata, hanya aku mampu ucapkan 'YA ALLAH BERSYUKUR KERANA MENGENALI DIA'
Entah lha kenapa lha dia begitu penting sangat-2, tak boleh nak terkata apa-2 ..
Dia umpama nyawa aku , dia teman sahabat kawan dan yang lebih penting jantung hati aku sendiri ..
Dia lha segalanya yang aku ada sekarang dan tiada 'LELAKI' lain dalam hidup aku..
Dia lebih memahami aku berbanding orang yang rapat dengan aku ..

Dia yang selalu beri semangat kalau aku ada masalah tambah-2 pasal ---KAWAN---
Mungkin aku terlalu 'OVER'...Memang 'YA' sebabnya aku tak tahu dia seperti mana juga kan ..
Hati manusia kan mana boleh kita tahu dan baca..hahak..
Kalau boleh tahu ,aku dah boleh tengok sendiri apa yang sedang difikirkan ..Tapi aku yakin dia mungkin seperti aku jugakk...huhu..Apa orang cakap ,aku tak kisah ,'WHATEVER'..
Tapi aku cuba juga untuk tidak beri harapan terlalu tinggi sangat-2 nanti mungkin aku terluka pula kan ..
Tapi itu lha perasaan aku sekarang dan apa yang aku rasa ..
Aku pun tak tahu sangat-2 ..Aku tak nak DIPERMAINKAN ..
ALAHAI sakit sangat-2 bila disakiti ..aku tak sanggup ..
Aku harap cinta aku dengan dia berkekalan ,---AMINN--- :')


| MUHAMMAD AZIM BIN ABDUL SAFAR |

Wednesday 15 May 2013

Hamba Allah Yang Sejati :')

    

Kepada bakal kekasih halalku :)
saya tidak perlukan wajah awak yang tampan tetapi saya perlukan imam untuk mengetuai solat saya ..saya tak memerlukan harta awak kekayaan awak tapi cukup untuk kebahagiaan kita bersama ..
saya rela kita susah dan senang bersama-2, saya tak memerlukan yang lain dalam hidup saya ..

    Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerana dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

TAPI :(

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Amiin..

AKU AMAT MENCINTAINYA SETULUS HATI KU INI ..
 ----MUHAMMAD AZIM BIN ABDUL SAFAR----

Cinta Antara Kau Dan Aku



Aku percaya pada ketentuan Allah ,kita sebagai hamba Allah hanya merancang tapi Allah menentukan segalanya ..
kini aku bahagia dengan seseorang hamba Allah ,Allah kirimkan dia untukku untuk menjaga aku ,membimbing aku dan membahagiakan aku ,dia memang terlalu perfect untuk aku ..
aku bahagia sangat-2 berkenalan dengan hamba Allah yang Allah telah kirimkan ..
selama ini aku selalu menangis bersedih disebabkan 'LELAKI' yang suka permainkan hidupku ..
tapi mungkin kini aku tak rasa aku akan dipermainkan sebabnya dia selalu buatkan aku bahagia , tanpa dia hidupku tak akan seri sampai hari ini ..
Dia selalu beri kata-2 semangat kepada ku ,ambil berat sal aku dan yang penting dia betul-2 jujur untuk 'BERCINTA' bersama aku :')
Kalau tak masuk 'POLITEKNIK' mungkin aku tak akan dapat berkenalan dengan dia kan , ALHAMDULILLAH ,aku bertemu cinta yang ikhlas di sana ..
Kami lalui suka duka bersama-2 ,bila aku atau dia ada masalah kami akan berkongsi cerita dan akan ada jalan penyelesaiannya ..
Masing-2 saling memahami dan tak pernah pun ada masalah diantara kami ,tapi bila berkaitan orang ketiga memang tidak disukai oleh si dia ..
Sebab dia takut akan menganggu hubungan kami ,tapi aku tahu dia buat macam itu sebab taknak perpisahan kami berakhir sampai disini >_<
Aku suka gelarkan dia 'BUDAK SENGET' 'ORANG TUA' 'PLOWN' ayat itu lha aku suka panggil dia sebab itu buatkan aku semakin mesra untuk bersama dia , dia pown suka panggil aku ' BUDAK MELAMPAU' eeeihhh awak ,saya melampau ea ,,ohhhh! saya tahu saya melampau dengan awak je abang ku sayang :D
Aku bersyukur sangat-2 sekarang hubungan ku berjalan dengan baik dan tak ada masalah ,hope family kami akan merestui hubungan kami , kami amat menyanyangi antara satu sama lain..
TAK ADA YANG LAIN YANG AKU CINTAI ..

HANYA AWAK SEORANG
♥  MUHAMMAD AZIM BIN ABDUL SAFAR ♥ 

Friday 22 March 2013

Pengorbanan Seorang Yang Dicinta Dunia Akhirat :(



Pengoorbanan seorang ibu tidak terkira, tak boleh dibayar dengan wang ringgit >_<
Betul cakap my lec (paling rapat) pengorbanan ibu memang tak boleh terblaas ,mungkin kita tak tau bila saatnya ibu kita menangis kerana kita , mungkin time kita tak ada dan mungkin time dia bersendirian mengenangkan nasib anak-2 ..Ibu memang terbaik untukkku tapi aku ada buat salah, ibu aku sanggup buat OT(overtime) untuk menyara kami 6 beradik , kesanggupan ibu itu lha buat aku perlu belajar rjain-2 untuk membalas segalanya :( tapi rezeki itu lha , telah membawa aku dan kakak aku ke IPT dan dapat sambung belajar ..
Sekarang masing-2 sedang mengejar cita-2 dan harap cita-2 ini lha boleh tercapai dan buat ibu ayah bangga..
Ayah aku sakit >_< tak boleh bekerja ,hanya kami  berharap dekat ibu saja :'( walaupun ayah sakit ayah tetap cuba mencari rezeki menolong keluarga terdekat dan dengan berkat itu ayah dapat jugak duit dengan usaha dan bagi adik-2 yang sedang bersekolah ..ibu aku sanggup bekerja time-2 cuti semata-2 untuk mencari rezeki untuk kami ,kami yang tak dapat nak hargai  ..
dokk ingt nak berseronok ,nak berseronok itu lha smapai bila kan ..fikir lha ibu ayah kita yang bersusah payah menjaga kita dari kecik sampai lha kita besar ..kita pun dah boleh fikir mana yang jahat dan baik ..
jangan terlalu ikut orang ,keluarga aku memang susah tapi sebabkan berkat usaha ibu ayah ,rezeki ekluarga kami selalu ada ...
ALHAMDULILLAH ,kami adik beradik dapat berjimat cermat walaupun tak seperti orang yang 'KAYA' kami bersyukur saja :') dan dapat jugak bantu orang kalau orang memerlukan duit ..ituuu semua duit yang halal dan pertolongan kami memag tak minta untuk dibayar :') tapi jangan lha terlalu bangga dengan kekayaan dunia ..kita nehh cuma pnjam saja ..so kita kena fikir lha elok2 yang mana yang baik dan jhat untuk kegunaan kita sehariaann ..

Penyesalan :(


PENYESALAN (OST KERAT 14)

Andai bisa kuunduri, memutarkan  waktu
Takkan aku terus berdiri dalam gundah ini
Sendiri….
 Andai mampu ku miliki hari yang telah pergi
Namun pasti esok bukanlah hari untuk ku lagi
chorus;
Benar ia terjadi…atas angkuh sendiri
Benar itu semua terjadi…sesal ku tak terperi
Tuhan ampuni aku…kerna menolak cintaMu
Ampunkanlah hamba kerdilMu tak layak berdiri
Diatas bumi suciMu…
Diatas kebesaranMu…
Nyata esok bukan untukku…sesalku tiada erti
Biar aku pergi membawa akhir penyesalan ini…

Saturday 2 February 2013

Istikharah Cinta




Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Sunday 27 January 2013

Mama Papa Larang :')





Separuh nafasku ku hembuskan untuk cintaku
Biar rinduku sampai kepada bidadariku

Kamu segalanya, tak terpisah oleh waktu
Biarkan bumi menolak, ku tetap cinta kamu
Biar mamamu tak suka, papamu juga melarang
Walau dunia menolak ku tak takut
Tetap ku katakan ku cinta dirimu

Karena kamu bintang di hatiku
Takkan ada yang lain mampu goyahkan rasa cintaku padamu

Kamu segalanya, tak terpisah oleh waktu
Biarkan bumi menolak, ku tetap cinta kamu
Biar mamamu tak suka, papamu juga melarang
Walau dunia menolak ku tak takut
Tetap ku katakan ku cinta dirimu

Sudah jangan kau usik lagi
Cinta yang tertanam di hati akan ku bawa sampai mati

Kamu segalanya, tak terpisah oleh waktu
Biarkan bumi menolak, ku tetap cinta kamu
Biar mamamu tak suka, papamu juga melarang
Walau dunia menolak ku tak takut
Tetap ku katakan ku cinta dirimu oooh

Wednesday 23 January 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013


Sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013



Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau tahun 2013 Masihi yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 (hari Khamis) 

Asal usul sambutan Maulidur Rasul - sumber klik di sini 


Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda. 

Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.

Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah. 

Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.

Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.

Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.

Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. - Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.


#Tema Sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013, Tema Maulidur Rasul 1434 / 2013

Saturday 19 January 2013

Setia Hujung Nyawa




Aku tak bisa menidakkan rasa cinta
Meski ku tak bisa melupakan salah mu
resah hatiku
Maafkan diriku
Melukakan mu
Cinta jangan engkau pergi

Jauh dari diri ku lagi
Sesunguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa

Bila tersedar betapa tulus cintamu
biar apa pun yang menghalangnya
tak kan pernah bisa
dari diriku
menjaga cinta mu
tuhan tolonglah aku
satukan aku dan dirinya selamanya

maafkan diriku
melukakan mu
cinta jangan engkau pergi jauh
dari diriku lagi

sesungguhnya cinta kita setia ke hujung
nyawa
cinta ku tetap di sini
takkkan pernah jauh dari mu
oooooo

HANYA CINTA DAN SAYANG MUHAMMAD AZIM B. ABDUL SAFAR
ONLY YOU IN MY HEART :)
NOBODY CAN PLACE YOU IN MY HEART 

perbezaan antara perasaan suka, sayang dan cinta.


Berikut adalah perbezaan antara perasaan suka, sayang dan cinta.


Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.
Saat kau menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku menciummu?”
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku memelukmu?”
Saat kau mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya…
SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata “Sudahlah, jgn menangis.”
SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dibahumu sambil berkata, “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. ”
SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,”Ia sangat cantik/tampan dan menawan.”
SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,”Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..”
Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu,maka kau akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.
Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu,engkau akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu,kau akan berkata,”Tak apa dia hanya tak tau apa yang dialakukan.”
Pada saat kau suka padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kau sayang padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kau cinta padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus…
SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kau akan menemaninya tak perduli bagaimana pun keadaanmu.
SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.




APAKAH ERTI CINTA




Cintakan Allah adalah cinta yang tidak pernah luntur dan abadi. Cinta selainnya adalah Cinta yang luntur dan berakhir.
Islam adalah agama yang syumul. Hendaklah kita bangunkan kesyumulannya.
Kesyumulannya di dalam diri tidak samadengan kesyumulan di dalam rumahtangga dan tidak sama kesyumulan di dalam jemaah. Kesyumulan di dalam jemaah tidak sama dengan kesyumulan di dalam negara.

Natijah orang yang berfikir itu ialah merasa kebesaran Tuhan dan terus tunduk pada perintah Allah.
Tanda kita mementingkan diri sendiri
ialah tidak berniat membela fakir miskin
dan orang yang teraniaya.

Alim lisan pandai bercakap, tidak berbakti,
alim hati kurang bercakap, banyak berbakti,
alim lisan dan hati, bercakap dan beramal
sama selari.

Erti Cinta

awak..
hari ni saya belajar sesuatu tentang cinta..
baru saya tahu yang cinta tak boleh diungkap dengan kata-kata..
baru saya tahu yang cinta juga tak boleh diukir dengan janji-janji..
kita perlu menyintai seseorang bukan sebab janji kan awak?
kita perlu ikhlas..

awak..
hari ni juga saya belajar sesuatu yang baru..
cinta memang perlukan pengorbanan..
tapi kadang-kadang tu kan awak..
kita perlu korbankan cinta kita..
memang kita akan rasa sakit..
tapi ia untuk kebaikan kedua-dua pihak..
ini yang dinamakan pengorbanan yang sebenar..
tapi..
saya nak awak tahu yang saya tak sanggup kehilangan awak..

awak..
cinta telah banyak mengajar saya erti kehidupan..
cinta mengajar saya erti kesabaran..
cinta mengajar saya erti berusaha..
cinta juga mengajar saya untuk menjadi lebih kental dalam meneruskan hidup ini..


awak..
mungkin sekarang ramai yang tak percaya cinta..
saya sedih sangat awak..
cinta ini adalah anugerah Allah kepada kita..
kita perlu guna dengan sebaik nya kan awak..
kita perlu hargai pemberian Allah ini..


awak..
mungkin saya tak macam perempuan lain..
saya tak romantik,saya tak jiwang..
saya tak pandai nak sweet-sweet ni..
tapi saya akan cuba kalau itu yang awak nak..
sebab cinta mengajar saya untuk memberi dan menerima..


saya harap perasaan dan cinta awak pada saya tidak akan pernah hilang..
sekian~
p/s:tak de idea nak buat entry apa!hukhuk (tak de kene mengena dengan sesiapa pun =) masyeh..)

Friday 18 January 2013

Although We Are Apart But My Heart Always Be With You.



Kadang-kadang Allah Biarkan Kita Berjauhan, rupanya DIA Mahu Dekatkan Kita Dengan KASIH SAYANG..

Puaslah Kita Menangis Betapa Jauhnya Jarak Kita, rupanya Allah Menghadiahkan Kita KERINDUAN.. 

Betapa Dalamnya Cemburu Kita.. Ya Allah Mahu Tunjukkan Kita Makna KESETIAAN.. 

Dan Betapa BerSABARnya Kita Selama Ini.. Rupanya Itulah KUNCI kepada KEBAHAGIAAN SEBENAR.. :-)

20 Alasan Tak Perlu Lafaz Maaf



Kalau kita berbuat salah, sudah tentu kita perlu meminta maaf terlebih dahulu. Tetapi ada juga di antara kamu yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan kita yang melakukan kesalahan/kesilapan. Demi menjaga hati ataupun sebagai tanda hormat, kamu yang mengalah. Adakah ini patut terjadi sedangkan pihak lain terus tersenyum kerana kamu yang memikul kesalahannya ataupun kamu yang menyerah diri walaupun tahu yang kamu tidak bersalah?
Jangan begitu! Jika ternyata kesalahan bukanlah berpunca dari kamu, adalah menjadi hak kamu untuk tidak meminta maaf. Kami telah mengenal pasti 20 sebab mengapa kamu tidak perlu meminta maaf.
1 – PERASAAN KAMUApa yang kamu rasa dan fikir, sepenuhnya adalah hak kamu. Jadi jangan rasa bersalah kalau apa yang kamu rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin kamu sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain. Kamu berhak mempertahankan pendapat kamu kerana setiap individu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu kamu menghargai perasaannya. Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan kamu, selain dari diri kamu sendiri.
2 – MASA LALUJangan meminta maaf di atas keputusan yang pernah kamu laksanakan di masa lalu. Ia adalah kerana apa jua keputusan yang kamu lakukan bergantung pada situasi di saat itu. Walaupun ada yang menentang keputusan yang telah kamu lakukan, jangan cepat tersentuh. Ingat! Kamu tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan buruk. Segala keputusan adalah terletak di tangan kamu dan ianya amat mempengaruhi hidup di masa akan datang. Tidak harus meminta maaf kerana bukan kamu tahu apa yang akan berlaku di masa depan kan?
3 – MENJADI PERHATIANBukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Kamu jangan risau jika diri mu menjadi perhatian orang. Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa kamu yang dipilih berbanding dengan orang lain. Kamu tidak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana kamu yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka. Jika kamu ingin lari dari terus menjadi perhatian orang, usahakan agar kamu berjaya menghindarinya. Jangan melibatkan orang lain jika kamu tidak mahu diri dipersalahkan.
4 – MEMUTUSKAN CINTAKalau kamu rasa bukan berpunca dari silap kamu, kamu berhak meminta putus. Untuk apa kamu terus menyeksa diri untuk terus bersama si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan kamu juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang kamu ingini. Tetapi keadaan yang memaksa!
7 – BERKATA JUJURKejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Kamu tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri kamu. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara kamu dan si dia, terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran kamu ataupun tidak.
8– BERTERUS TERANGKita mungkin mampu membohongi orang lain, tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, kamu sudah tertarik pada orang lain sedangkan kamu baru saja menjalinkan hubungan dengan si dia. Salah satu sebabnya ialah mungkin kamu tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang, daripada kamu terus menipu si dia dan diri kamu sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa kamu tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang teman biasa. Daripada kamu terus menyeksa diri kerana terpaksa menerima si dia, lebih baik kamu bertindak lebih awal lagi agar perasaan itu tidak terlajak jauh.
9– TIDAK MENEPATI CITA RASABukanlah perkara yang mustahil untuk kamu mementingkan cita rasa kamu sendiri. Contohnya dalam memilih pasangan. Untuk apa bersikap hipokrit andai pasangan yang kamu pilih langsung tidak menepati cita rasa kamu. Sudah tentu kamu mahu menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama dan berharap agar ia berkekalan. Lalu kamu sepatutnya mencari si dia yang mempunyai ciri-ciri yang kamu impikan. Walaupun tidak secara seratus peratus, sekurang-kurangnya ada juga ciri-ciri tersebut pada diri si dia.
10 – TERUS BERTANYAUntuk mendapatkan kepastian, tentu kamu harus melemparkan pertanyaan. Walaupun pertanyaan itu bertubi-tubi, selagi tak mendapat jawapan yang pasti, selagi itulah kamu tidak akan berpuas hati. Kamu mahu bertanya sehinggalah kamu faham. Jangan rasa bersalah kalau kamu harus bertanya berulang-ulang kali. Ada kalanya pertanyaan kamu itu boleh membuatkan seseorang itu rimas dan bosan, tetapi bukan mudah untuk dia mengakui kesalahannya ataupun menjelaskan perkara yang sebenarnya.
11 – MASIH SOLOInilah hidup kamu! Walaupun ada kalanya kamu berasa bosan kerana masih tidak mempunyai kekasih, ia bukan salah kamu. Terpulang pada diri kamu sama ada ingin mempunyai kekasih ataupun sanggup bersendirian. Soal cemburu ataupun usikan teman-teman, ketepikan saja. Apa yang penting ialah soal hidup kamu sendiri. Bukan menjadi satu kesalahan jika kamu memilih untuk bersendirian. Mungkin kamu perlukan masa untuk mencari pasangan yang sesuai.
12 – TENTANG KEGEMARANSetiap orang mempunyai kegemaran ataupun hobi tertentu. Jangan risau sekiranya ada yang memperkecilkan hobi kamu. Pertahankan hobi kamu itu dan katakan yang setiap orang mempunyai perangai yang berbeza. Jangan malu-malu mengakuinya kerana ia bukanlah mengganggu kehidupan orang lain, malah menyerikan hidup mu sendiri.
13 – BIJAK DAN AKTIFOrang yang cantik/kacak tidak semestinya bijak dan aktif. Jangan menilai paras rupa dalam menentukan tahap kebijaksanaan seseorang. Ia juga tidak boleh melabelkan seseorang itu aktif ataupun tidak hanya kerana paras rupa. Kamu patut rasa bertuah kerana dianugerahkan kebijaksanaan dan kamu juga seorang yang aktif.
14 – MEMINTA BANTUANKalau tidak tahu, eloklah bertanya. Bukan cara terbaik untuk berpura-pura tahu ataupun segan mahu meminta pertolongan orang lain. Ingat, hidup dalam budaya bermasyarakat ini harus saling tolong-menolong antara satu sama lain. Kalau kamu memerlukan bantuan, jangan segan-segan meminta pertolongan daripada orang yang boleh membantu kamu menyelesaikan masalah. Jika ada yang mentertawakan kamu kerana perkara kecil pun kamu tidak tahu, terus-teranglah mengatakan lebih baik bertanya daripada jadi bodoh sombong! Tak ada faedah langsung!
15 – BUKAN BERPUNCA DARI KAMUAda seorang teman memarahi kamu kerana rahsianya terbongkar, sedangkan kamu bukanlah puncanya. Jadi untuk apa rasa takut kerana bukannya salah kamu. Berterusteranglah pada si dia yang kamu tidak melakukannya sebaliknya mungkin ada pihak lain yang cuba mempergunakan nama kamu. Nyatakan sebab-sebab kukuh dan relevan tentang pengakuan kamu. Yakinkan dirinya yang kamu seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Kalau boleh selidiklah siapa yang punya angkara untuk membuktikan kamu benar-benar tidak bersalah!
16 – ORANG MENUDUH KAMUJika memang bukan kamu yang lakukan, mengaku saja. Jangan biarkan orang memaksa kamu mengaku sedangkan kesalahan itu berpunca dari orang lain. Walaupun mungkin ketika itu kamu agak gelabah kerana digertak, jangan cepat meminta maaf. Bak kata pepatah, ‘Berani kerana benar, takut kerana salah.’ Kalau kamu mengaku, alamatnya kamu akan disalah sangka. Jangan sesekali mengucapkan ‘Saya minta maaf’, sedangkan dalam hati kamu meronta-ronta mengatakan bahawa kamu tidak bersalah dan menjadi mangsa keadaan.
19 – TIDAK SAMA HALUANKamu mempunyai teman rapat. Ke mana saja pasti berdua bagaikan belangkas. Tetapi ada beberapa perkara yang kamu tidak boleh melakukan bersamanya iaitu kamu suka bersukan sedangkan dia gemar menonton wayang. Jika percanggahan ini berlaku, kamu harus bijak menanganinya. Katakan saja perkara ini tidak boleh dipaksa. Kamu tidak boleh memaksa dia meminati sukan dan sebaliknya. Usah minta maaf walaupun ada kalanya tercetus perselisihan faham. Walaupun rapat, suatu hari nanti, pasti akan membawa haluan sendiri. Sampai bila hendak bergantung antara satu sama lain.
20 – DIPAKSASukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara yang dipaksa oleh orang lain. Jika dilakukan juga, timbul rasa jengkel dan tidak ikhlas. Jadi lebih baik tidak melakukannya dan katakan saja yang kamu tidak suka dengan tugasan tersebut. Jangan berasa bersalah dan meminta maaf kerana kamu tidak melakukan tugasan tersebut

Cinta Datang dan Pergi Jua

walaupun kita cakap, kita sudah benci dia or move on hidup kita ,kadangkala, senyap-2 kita curi-2 ingin tahu bagaimana kehidupan dia sekarang mungkin sebab dia pernah menjadi insan yang pernah kita sayang satu ketika dahulu, sejarah tidak pernah berubah tetapi ianya untuk dikenang bukan untuk ditangisi :3


| S A | Ku titipkan DOA untukmu, walaupun jauh berpisah..biar lha doa menjadi penghubung ikatan yang TERBAIK buat kita ♥♥


TakeForUs :: Yang MUDAH DATANG akan MUDAH PERGI juga :: :)