ayat gerak

Sayang awak yang tengah baca blog saya nihh ,muahhh :)

Sunday 22 January 2012

Cinta itu menyenangkan….

Cinta itu menyenangkan hati jika kita tahu menghargai pasangan.Ramai yang mengharapkan pasangan mereka menghargai mereka namun terlupa diri sendiri tidak menghargai pasangan. Mulakan kebaikan dari dalam diri sendiri barulah kebaikan itu akan berjangkit. Kebaikan akan terus menjadi viral dan mengharmonikan cinta itu.

Kuasa positif akan menguasai diri jika kita sentiasa membenarkannya masuk ke dalam diri. Mungkin ramai bertanggapan bahawa adalah mustahil mencapai kebahagiaan dan kegembiraan. Sedar tak sedar tanggapan ini telah merosakkan mereka secara tidak langsung dan akhirnya mereka terperangkap dengan kuasa negatif. Jangan sesekali bersangka buruk atas segala kejadian. Sebab itu dalam islam segala ujian di timpa,mesti ada hikmahnya.
Sebagai manusia kerdil kita harus akui,Allah ada perancangan lebih baik untuk kita selagi kita berusaha. Jangan putus harapan kerana Allah tidak suka hambanya yang putus asa. Mengalah bukan sikap orang berjaya. Jadi dalam cinta,jika mahu berjaya,perlu ada sikap berbaik sangka. Hargai pasangan,moga ianya akan berjangkit dengan pasangan kita.
Sekali kita bersangka buruk dengan pasangan,maka begitu juga pasangan kita akan berperasaan begitu kepada kita.Moga segala nukilan hari ini akan membuka mata mereka yang bercinta.

No comments:

Post a Comment